Oct 21, 2010

Kuali Tupperchef


Ini ialah TupperChef Wok, yang boleh menjadi oven untuk memudahkan tugas memasak. Bukan sekadar masakan biasa boleh menggunakan kuali ini, malahan nak buat pizza, kek, apam balik, kek kukus dan sebagainya boleh hanya dengan satu kuali ajaib ni. Lagi satu ianya menjimatkan masa memasak. Ciri2nya seperti di bawah:

1. Pemanasan yg sekata dan berterusan- Mengelakkan makanan hangus ditempat2 tertentu sahaja.
2. Makanan cepat dimasak dgn pemanasan yg sederhana. Cth. Jika memasak rendang menggunakan kuali biasa akan mengambil masa sehingga 1 jam. Tetapi dgn TupperChef Wok anda jimat 30 minit. Menjimatkan gas anda!
3. Stainless Steel Body -Direkabentuk khas untuk 'contemporary cooking'.
4. Penutup dan tombol yg unik direka dgn ciri2 stim.
5. Pemegang dan tombol yg tahan panas

Dalam demo memasak pizza dan kek yang telah dibuat baru-baru ini, menyaksikan bahawa kuali ni memang memudahkan kerja memasak. Contoh, kalau tiba-tiba ada saudara mara nak dtg, inilah masanya untuk menggunakan kuali ni, buatlah pizza atau kek kukus, cepat dan mudah!.

Ni saya siap bagi resepi untuk semua:

Pizza

Bahan untuk doh:
1 bekas square round (saiz 500ml)- tepung gandum
1 paket yis mauripan (11 gram)
1 bekas modular mates round 1 / 200ml – air
2 sudu minyak masak
Sedikit garam



Caranya:
- Yis mauripan dibancuh dengan air.
- Campurkan minyak dan garam ke dalam tepung gandum yang sudah diayak.
- Masukkan yis yang sudah dibancuh ke dalam tepung
- Gaulkan di dalam season serve sehingga lembut dan tidak melekat di tangan
- Biar seketika sehingga kembang (kejap jer dlm5-10 minit), kemudian bahagikan 2 atau 3 bahagian

Bahan untuk Topping
Mozarella cheese
1 tin prego (apa2 jenis)
Isi ketam atau isi ayam/kuah spageti dengan daging cincang pun boleh (actually apa2 pun boleh, ikut suka)
Sosej, cendawan, nenas dalam tin (ikut suka, kalau nak tukar2 pun boleh)
Lada benggala merah, hijau dan kuning (nak nampakkan berwarna-warni, ikut suka juga)
Oregano



Cara memasak pizza:
Sapu permukaan TupperChef Fryer dengan sedikit minyak.
Ratakan doh di atas kuali yang telah disapu sedikit minyak.
Sapukan sos prego, kemudian taburkan isi ayam/isi ketam dan lada benggala. Taburkan mozarella cheese di atas pizza dan taburkan serbuk oregano.
Kemudian bolehlah dibakar dengan api yang paling perlahan.

Tutup Fryer kepada (0) dengan api yang kecil. Masak sehingga anda nampak cheese itu cair dalam 10-15min. Pizza pertama anda mungkin mengambil masa 15-20min, tetapi pizza kedua dan seterusnya hanya memakan masa 10min sahaja untuk masak.

Inilah hasilnya:


Jadi, kalau ada yang berminat dengan kuali ni, harga seperti di bawah ye:

Retail : RM459.00

Harga ditawarkan oleh Lestary Station:
1) Pembelian Kuali dan Keahlian Tupperware : RM427.00 (postage percuma)
2) Pembelian Kuali sahaja: RM413.00 (postage - tambah RM10)

Sekiranya ada yang berminat untuk ansuran atau kutu kuali ini, sila hubungi saya di lestary.station@gmail.com

Terima kasih, nanti bila free saya bg resepi kek coklat pulak.


***************************

Okay, sekarang ni nak kongsi resipi kek kukus coklat pulak:

Bahan A (masak dan sejukkan)
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair (guna susu kotak dutch lady pun boleh)
1/4 serbuk koko
1 cawan minyak masak

Bahan B (pukul hingga kembang)
3 biji telur
1 sudu kecil ovelette

Bahan C (ayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan A, B dan C
Kukus sampai masak
Kalau nak comel2 masukkan dlm bekas kecil2.
Related Posts with Thumbnails
 

Followers

Follow by Email

My Visitors

Registered with SSM (002051278-D)

Registered with SSM (002051278-D)